USM PULAU PINANG, 15 Oktober 2023 :- Malam Suai Kenal Bahtera Madani 2023 adalah aktiviti pertama yang dianjurkan oleh Sekretariat Perkampungan Budaya : Bahtera Madani 2023 dalam kalangan peserta yang terdiri daripada 20 Universiti Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) & Kolej Komuniti di semua negeri di Malaysia. Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC) yang juga merupakan penasihat Perkampungan Budaya : Bahtera Madani hadir untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum aktiviti dijalankan manakala sesi taklimat berkenaan aktiviti, tentatif dan perjalanan sepanjang Program Perkampungn Budaya Bahtera Madani diadakan telah disampaikan oleh pengarah projek iaitu Nurul Atirah Suhaimi. Beberapa aktiviti dan permainan berkumpulan antara peserta telah diadakan semasa sesi suai kenal bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sekaligus mengenali dengan lebih dekat antara mahasiswa/i yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Program Perkampungan Budaya : Bahtera Madani 2023 akan berlangsung selama empat hari bermula 15-18 Oktober 2023. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah di susun oleh pihak sekretariat di sepanjang program diadakan antaranya ialah Lawatan Budaya, Malam Bahtera Madani, Sukan Rakyat dan Diskusi Ilmu.