21112023 | Pada hari ini bersempana Upacara Konvokesyen USM Ke-61 USM, buat pertama kalinya dalam sejarah pengiklanan USM hasil cetusan idea oleh Dato' Dr. Musa Ali, Pendaftar USM telah memperkenalkan eposter berbentuk digital LED (sewa) yang digunakan di ruang legar Dewan Tuanku Syed Putra, USM Kampus Induk. Melibatkan 69 rekaan grafik yang dibantu oleh 8 orang pereka USM dari pelbagai jabatan, ke semua rekaan tersebut telah berjaya disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Rekaan grafik yang dipancarkan meliputi Canselor, Pro Canselor, foto pengurusan tertinggi USM, kejayaan USM, anugerah kehormat USM, senarai pemenang pingat emas utama, fasiliti USM, program ijazah pertama dan ijazah tinggi yang ditawarkan serta beberap foto menarik suasana luar dan dalam semasa convokesyen USM berlangsung. Spesifikasi teknikal : 1. Running display : 4 panel 2. Masa : 8:00 pagi - 7:00 malam 3. Hold time each slide : 5-10 saat 4. Ukuran panel : 8ft x 4ft (menegak) 5. 1 set display/panel (20 slide 6. Bahan media : gambar, infografik, backdrop dan poster