USM PULAU PINANG, 23 November 2023 :- BHEPA USM telah menerima lawatan dari Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semasa di tapak ekspo konvokesyen USM pada tengahari tadi. Kunjungan singkat tersebut sebagai menghargai lawatan pelajar USM oleh Sekretariat ConvEx 2023 ke UniMAP pada Ekspo Konvokesyen Ke-18 yang telah berlangsung pada 18-21 November 2023 yang lepas. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Prof. Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi TNC HEPA USM, Prof. Dr. Shaharum Shamsudin, Pengarah Kampus Kesihatan, dan Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA. Mereka turut disajikan dengan persembahan flash mob oleh pelajar Sekretariat ConvEx YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM sempat beramah mesra bersama mereka semasa sesi lawatan di beberapa lokasi menarik sekitar tapak ekspo konvokesyen USM berlangsung.