EKSPO KONVOKESYEN KE-61 USM :- 21-27 November 2023 6J BAND JUARA BATTLE OF THE BAND 2023 USM, PULAU PINANG :- SABTU, 25 NOVEMBER 2023 :- Pentas utama tapak Ekspo Konvokesyen Ke-61 USM malam tadi menyaksikan lima kumpulan muzik dari UPSI, UKM, UTP, USM dan UTN Putrajaya berentap dan akhirnya 6J Band (UPSI) muncul sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2500.00. Hadir menyampaikan hadiah ialah Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA merangkap Penasihat Sekretariat ConvEx 2023 Turut merancakkan lagi malam pentas akhir BOTB ialah persembahan nyanyian dari kumpulan Budak Nakal Hujung Simpang. Senarai pemenang : Naib johan : Adikara Band (UKM) Tempat ke 3: Exhibit A (USM) Tempat ke 4 : Virtuoso (UTP) Tempat ke 5 : Astena (UTN Putrajaya)