USM PULAU PINANG, 14 Oktober 2023 :- Sesi pendaftaran dan pengambilan kunci bilik desasiswa untuk pelajar senior bagi semester 1 sidang akademik 2023/2024 di semua enam desasiswa USM kampus induk iaitu Indah Kembara, Aman Damai, Cahaya Gemilang Harapan, Saujana, Tekun dan Restu. Pendaftaran dan pengambilan kunci bilik desasiswa pelajar senior bermula pada 13-15 Oktober 2023 jam 8:30 pagi – 5:00 petang. Untuk penginapan di bilik premium desasiswa, pelajar akan mengambil surat tawaran dan terus membuat bayaran di pejabat HAC USM. Kesemua pelajar USM akan memulakan sesi pendaftaran dan pembelajaran untuk semester 1 sidang akademik 2023/2024 yang dijadualkan akan bermula pada 16 Oktober 2023 (Isnin) di pusat pengajian masing-masing.