USM PULAU PINANG, 4 November 2023 : Sesi perkongsian ilmu dan tips masakan yang berlangsung petang tadi semasa program 3KPP 2023 di Padang Kawad USM. Hadir semasa program perkongsian ilmu pada petang ini ialah Chef Suzana Mohd Yusof; Chef Azlan Mohamad Ali; Chef Mazni Mahmud dan Chef Faiz bagi program Demo Masakan : Masakan Melayu, Kuih Muih dan Pastri. Turut hadir ialah pengasas Mami Cty Food Ind Sdn Bhd bagi mempromosikan produk beliau iaitu Rempah Citarasa Nusantara dengan harga yang murah dan berpatutan. Para pengunjung turut berpeluang untuk memasak sendiri dan mencuba masakan yang disediakan oleh Chef-chef tersebut. Program yang dianjurkan ini amat bermanfaat kepada penuntut universiti mendapatkan pengetahuan mengenai makanan tradisional Melayu, kuih muih dan pastri.