USM PULAU PINANG, 27 Oktober 2023 :- YBrs. Profesor Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, menyantuni seorang pelajar Zuraika Abdul Wahad dari Pusat Pengajian Sains Kimia yang terlibat dengan kemalangan jalan raya, pada 24 Oktober 2023 yang lalu. Azlan turut menyampaikan bantuan peribadi dan pek makanan sihat kepada Zuraika yang kini masih dalam proses penyembuhan selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan.