GEORGETOWN, PULAU PINANG, 28 November 2023: Unit Kebajikan Pelajar & OKU menyantuni dua orang pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu Saudara Muhammad Syamil Zulkarnain dan Saudari Kristina Abdullah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 27 November 2023 di Jalan Bukit Gambir berdekatan pintu keluar dan masuk USM. Dalam kejadian tersebut, Muhammad Syamil mengalami kaki patah, luka di bahagian anggota badan manakala Kristina ditidurkan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang. Cik Sheilawanis Binti Abdul Karim, Penolong Pendaftar Kanan merangkap Ketua Unit Kebajikan Pelajar & OKU turut menyampaikan sumbangan kepada waris pelajar sebagai usaha dan cakna pihak BHEPA USM terhadap hal ehwal kebajikan pelajar. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Dr. Nurul Fazzuan Bin Khalid dan Dr. Syed Mohamad Bin Syed Abdullah wakil daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan serta staf daripada Unit Kebajikan Pelajar & OKU, BHEPA USM. Semoga keduanya kembali pulih seperti sedia kala dan sihat sejahtera.Terdahulu media melaporkan empat individu cedera akibat dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga emas di lokasi tersebut.