USM PULAU PINANG, 17 Nov. 2023 :- Petang tadi Dato’ Dr. Musa Ali, Pendaftar Universiti Sains Malaysia mengambil kesempatan melakukan lawatan ke tapak konvo serta beramah mesra bersama pelajar Majlis Tertinggi Sekretariat ConvEx 2023. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah beberapa orang pengarah jabatan, pusat dan pegawai BHEPA. Tujuan lawatan tersebut ialah bagi meninjau persiapan dan kelancaran program yang telah dirancang oleh para pelajar dan turut dipantau oleh warga kerja BHEPA sebelum bermulanya aktiviti di tapak Ekspo Konvokesyen USM ke-61 nanti.