USM, PULAU PINANG, 5 Oktober 2023 :- Prof. Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni telah membuat lawatan di beberapa desasiswa di kampus induk pada petang tadi bertujuan untuk melihat dan meninjau keadaan semasa sebelum hari pendaftaran pelajar baharu sidang akademik 2023/2024 yang akan bermula esok. Turut hadir sama ialah Dr. Ezaleena Mohd Khalid, Penggawa Desasiswa Saujana, Saudara Afirul Ayob Khan, YDP Majlis Perwakilan Pelajar, USM, Shamil Shazwan, Pengerusi, Majlis Yang Dipertua Desasiswa (MYDP), MPP USM, warga kerja desasiswa dan pelajar PPSL. Seramai 711 orang pelajar baharu akan mendaftar di Desasiswa Saujana esok yang akan dibantu oleh pengurusan desasiswa dan pelajar PPSL. Saudari Trasyana Kanyan, Penghulu Desasiswa Saujana memaklumkan semuanya berada dalam keadaan bersedia bagi menyambut kedatangan pelajar baharu. Azlan juga turut melawat ke Desasiswa Restu dan Desasiswa Aman. Penerangan ringkas dan lawatan di beberapa lokasi bilik untuk kegunaan pelajar telah disampaikan oleh penghulu Desasiswa Restu, Saudari Nur Nadzirah Idznirosdin dan penghulu Desasiswa Aman, Saudara Muhammad Nifail Riqi Rosli. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga perjalanan proses pendaftaran pelajar berjalan dengan baik.