USM PULAU PINANG, 13 Oktober 2023 : Unit Kebajikan Pelajar BHEPA menyediakan Kit Keperluan Asas percuma kepada Pelajar Baharu Sidang Akademik 2023/2024 kelompok B40. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1 (DPS 1). Diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban ibubapa pelajar dalam menyediakan kelengkapan untuk melanjutkan pengajian di USM dan dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin. Turut bersama ialah Cik Jelfariny Mohd Jelahni, Timbalan Pendaftar BHEPA; Cik Sheilawanis Abdul Karim, Penyelaras Bantuan Kit Keperluan Asas; Puan Rozie Aniza Kartini Che Ghani, Pegawai Tadbir Bahagian Sumber Manusia; Penggawa Desasiswa dan para PPSL USM.