USM, PULAU PINANG, 5 Oktober 2023 :- Beberapa persediaan awal telah dibuat oleh warga Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dalam memastikan proses awal sebelum kemasukkan pelajar baharu sidang akademik 2023/2024 yang akan bermula esok berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Kerja-kerja seperti pemasangan banner, perbincangan mesyuarat penyelarasan, proses mengagihkan cenderahati dan khidmat bantuan untuk sebarang pertanyaan berkaitan kemasukan pelajar melalui bilik gerakan program siswa lestari yang akan dibuka sehingga 14 Oktober 2023. Prof. Dr. Azlan Amran, yang menjalankan fungsi TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga BHEPA dan pelajar PPSL yang membantu dalam melancarkan semua kerja yang telah diamanahkan.