USM PULAU PINANG, 23 Oktober 2023 :- Sebanyak 114 pertubuhan pelajar yang aktif akan berkampung mengikut giliran di hadapan Foyer Kompleks Dewan Kuliah G03 bermula hari ini sehingga 27 Oktober 2023 pada jam 8:30 pagi – 5:00 petang. Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA hadir menyantuni beberapa persatuan pelajar semasa berlangsungnya program tersebut. Turut hadir bersama ialah pegawai dan warga BHEPA untuk bersama para pelajar sekiranya ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi BHEPA, pengurusan MyCSD dan sebagainya. Tujuan diadakan program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar baharu sidang akademik 2023/2024 mendekati dan menyertai pertubuhan pelajar yang terdapat di Universiti Sains Malaysia.