MELAKA TENGAH, MELAKA, 9 September 2023 :- Kelmarin telah bermulanya Program Student Networking & Apprenticeship (SNAP) 2023 anjuran Sektor Inovasi dan Keusahawanan Pelajar, Pusat Pembangunan HEBAT (HDC), BHEPA bertempat di Kings Green Hotel, Melaka yang melibatkan usahawaniaga di The Bricks dan Inkubator pelajar. Sesi taklimat program dan ice breaking telah disampaikan oleh Encik Hazlan Abd Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) dan Puan Hajar Zituakmar Mohd Fauzi, Penolong Pendaftar Kanan HDC manakala pada sesi malam diteruskan dengan slot Business Networking yang telah disampaikan oleh Dr. Ida Rosnita Ismail, Pensyarah Kanan, Graduate School of Business, UKM. Program latihan keusahawanan ini akan berlangsung selama tiga hari dengan penglibatan seramai 18 orang pelajar USM dan dibantu oleh 2 fasilitator yang akan melatih usahawan pelajar The Bricks & Inkubator tentang beberapa tajuk menarik antaranya ialah Creative Content & Copywriting, Keusahawanan Sosial, New Product Development dan seterusnya beberapa lawatan tapak lokasi tumpuan perniagaan di pusat bandar Melaka. Pelajar juga akan dibawa melawat ke Pusat Keusahawanan UTeM dan USIM. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan jaringan keusahawanan dalam membina perhubungan, trend baru dan peluang untuk melebarkan potensi pelanggan sekaligus meningkatkan kreadibiliti sebagai seorang usahawan.