USM PULAU PINANG, 14 September 2023 :- Majlis Penggawa Desasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM telah menerima lawatan seramai 20 orang delegasi dari Pusat Perumahan Pelajar, Majlis Penghuni Kolej Kediaman, UniMAP yang diketuai oleh Encik Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim, Pengetua / Pengerusi Majlis Pengetua dan beberapa orang felo dari kalangan pelajar Majlis Perwakilan Pelajar. Prof. Dr. Azlan Amran, Yang Menjalankan Fungi TNC HEPA USM berkesempatan menyantuni delegasi dari UniMAP semasa sesi taklimat ringkas diadakan di The Bricks yang turut dihadiri oleh lima orang penggawa desasiswa iaitu Encik Rashid Abdul Rejab, Penggawa Desasiswa Tekun, Encik Hafiz Assad Zakaria, Penggawa Desasiswa Murni Nurani, Encik Mazlifendirizan Md. Rejab, Penggawa Desasiswa Jaya Lembaran Utama, Encik Zamzami Rasidi, Penggawa PETAS dan Puan Siti Hawa Mat Junoh, Penggawa Desasiswa Indah Kembara. Objektif pertemuan ini adalah untuk berkongsi tentang fungsi dan peranan Majlis Penggawa dan Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC) bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan para pelajar yang menghuni di desasiswa adalah terjamin. Sesi perkongsian mengenai prestasi dan pencapaian USM dalam pelbagai bidang turut diselitkan bagi memastikan program / aktiviti yang dijalankan adalah relevan serta berpandangan jauh ke hadapan seiring dengan halatuju USM. Delegasi UniMAP kemudiannya diberi taklimat ringkas oleh Encik Tuan Mohd Salman Tuan Mohd Jaafar, Penolong Penggawa Desasiswa Harapan sebelum dibawa melawat ke bilik penginapan premium.