TAMAN BOTANI PULAU PINANG, 10 September 2023 :- Pagi tadi buat pertama kalinya pada usia penubuhan USAINS Holding Sdn. Bhd., anak syarikat Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan acara larian amal USAINS Penang Hill International Charity Run 2023 : Miles for Minds yang turut disertai seramai lebih 1000 orang termasuk warga kerja BHEPA, pelajar dan komuniti setempat. Larian sejauh 6km itu bermula pada jam 7:00 pagi bertempat di Taman Botani Kebun Bunga, Pulau Pinang. Rata-rata peserta menyambut baik dalam menyokong usaha pihak USAINS untuk mendidik komuniti mengenai kesedaran kesihatan mental dalam masyarakat serta menghapuskan stigma, menggalakkan kesejahteraan penjagaan diri disamping menikmati keindahan alam di Taman Botani.