10 MAC 2023 - Pusat Pembangunan Bakat Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (TDC BHEPA) dengan kerjasama Pusat Islam akan menghantar seramai 43 orang sukarelawan pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), Sekretariat Sukarelawan USM (SUKASS) dan pelajar USM bagi Misi Pasca Banjir di Johor pada 10 hingga 13 Mac ini. Pelepasan telah dilakukan oleh YBrs. Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor BHEPA bersama Cik Jelfariny Mohd Jelahni, Timbalan Pendaftar BHEPA dan Encik Zulkifli Che Hussin, Pengarah Pusat Pembangunan Bakat BHEPA, pada pagi ini, di perkarangan BHEPA USM. Terima kasih diucapkan kepada BHEPA USM dan Pusat Islam USM atas sumbangan kit Maidaturrahman yang akan diagihkan kepada pelajar dan penduduk setempat di kawasan yang terjejas. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya kepada semua sukarelawan pelajar dan staf yang terlibat.