Skrol ijazah dan transkrip akademik, MyCSD dan Hadiah Pingat Emas boleh diambil oleh graduan di Dewan Utama Pelajar (B), jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang selepas setiap sidang Upacara Konvokesyen Ke-60 USM tamat bermula 3 hingga 14 Disember 2022. Para graduan wajib menyelesaikan semua hutang dan memulangkan pakaian akademik terlebih dahulu sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik. Kaunter semakan hutang oleh Bendahari USM dan semakan saman oleh Jabatan Keselamatan turut dibuka pada masa tersebut.