Sebanyak 5070 unit peranti siswa mula diedarkan kepada pelajar yang layak. Edaran peranti siswa berlangsung selama 3 hari bermula pada 5-7 November 2022 bertempat di Dewan Utama Pelajar A & B. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan Kementerian Kewangan dalam memastikan kebajikan kelompok mahasiswa/i keluarga B40 terus terpelihara. Peranti Siswa Keluarga Malaysia juga adalah salah satu usaha dan hasrat kerajaan bagi merapatkan jurang digital dalam kelompok Keluarga Malaysia. Majlis Penyerahan Peranti Siswa ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Azlinda Azman, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni.