Balik Pulau, 19 Okt. 2022 - Pelajar USM menerima perantisiswa daripada YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara. Turut hadir meraikan majlis ialah Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat yang turut menjalankan fungsi Naib Canselor USM, Prof. Dr. Azlinda Azman, TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, pegawai dan warga BHEPA.