Penganjuran program kepada pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan asas berkaitan ilmu pengurusan kewangan. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Jeffary Mat Isa, Ketua Wilayah KWSP dengan kerjasama BHEPA USM. Turut hadir ialah Encik Mahmud Shauqi Ahmad, Ketua Cawangan KWSP Seberang Jaya dan Puan Hajah Hafizah Hameed, Pengurus Seksyen Caruman Kewangan, KWSP Pulau Pinang serta Pegawai-Pegawai BHEPA dan KWSP.