USM PULAU PINANG, 9 Oktober 2023 :- Semalam bermulanya aktiviti campus tour sejauh 5 km untuk pelajar baharu SA 2023/2024 bagi Desasiswa Restu dan Indah Kembara yang melibatkan seramai 1070 orang pelajar, 15 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan Sekretariat Kampus Sejahtera, Jabatan Keselamatan, Pusat Sejahtera dan turut dibantu oleh pelajar PPSL. Sebelum memulakan acara, sesi taklimat ringkas berkaitan tujuan program diadakan telah disampaikan oleh Encik Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras Kampus Sejahtera USM di Stadium Pusat Sukan dan Reakrasi. Program campus tour merupakan salah satu program yang disusun kepada pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM dan dikendalikan oleh Sekretariat Kampus Sejahtera, menggabungkan antara senaman dan pengenalan sambil menikmati keindahan kampus di waktu malam. Sambil bersenam, pelajar juga telah diberi taklimat kepada beberapa lokasi pusat pengajian, bilik kuliah, bangunan pentadbiran dan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di USM.