USM PULAU PINANG, 20 Oktober 2023 :- Hari ini berlangsungnya proses pengaktifan Kad Prihatin Siswa untuk pelajar baharu sidang akademik 2023/2024 bertempat di Dewan Utama Pelajar A & B sehingga 23 Oktober 2023 pada jam 9:00 pagi – 5:00 petang. Semasa hari pengaktifan kad, para pelajar yang telah mengaktifkan Kad Prihatin Siswa boleh menyertai permainan ‘spin & win’ untuk mendapatkan hadiah menarik dan potongan harga sehingga RM5.00 untuk pembelian jualan makanan dan minuman yang disediakan di hadapan DUP. Dianggarkan seramai 5000 lebih orang pelajar sepenuh masa dan pengajian jarak jauh merangkumi Ijazah Pertama & Ijazah Tinggi (pelajar tempatan dan antarabangsa) akan hadir untuk mengaktifkan KPS. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kesesakan, para pelajar dinasihatkan untuk mengikuti jadual pengaktifan kad mengikut pusat pengajian masing-masing pada tarikh hebahan yang telah dibuat sebelum ini.