USM PULAU PINANG, 28 Oktober 2023 :- Seramai 200 orang pelajar yang dikenalpasti oleh pihak JPA hadir di Lantai Seni, KOMCA bagi menghadiri sesi perjumpaan yang turut dihadiri oleh 15 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai dan staf dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Penganjuran program adalah bertujuan untuk memberi bimbingan dan semangat kepada pelajar USM yang terlibat bagi memastikan prestasi akademik mereka mencapai HKA yang telah ditetapkan sebagai pelajar di bawah tajaan JPA.