USM PULAU PINANG, 23 November 2023 :- Pagi tadi, Jabatan Pameran Sekretariat ConvEx telah menyantuni pelajar seramai 40 orang dari SMK Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth, Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Nabila dan 35 orang dari SMK Sungai Nibong, Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Izzati. Dalam lawatan ilmu tersebut, sebelum ke tapak ekspo konvokesyen USM, para pelajar dibawa melawat ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) dan Galeri Arkeologi, USM.