PUTRAJAYA, 1 November 2023 :- Majlis Pelancaran Flagoff bersama peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2023 disempunakan oleh YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Governan dan Pembangunan) Jabatan Pendidikan Tinggi pagi tadi. Turut hadir bersama ialah Encik Hirman Awang@Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT-KPT, pegawai JPT dan BHEPA USM dan wakil PABM. PABM merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama universiti awam dan beberapa agensi lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Sebanyak 3 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Alam Melayu, Kategori Antarabangsa dan Kategori Pelajar Antarabangsa. Seramai lima pemidato bagi setiap kategori telah berjaya melayakkan diri untuk ke pusingan seterusnya yang telah diadakan pada 18-20 September 2023 yang lepas dan pusingan separuh akhir pula akan diadakan secara fizikal di USM pada 4 November 2023, jam 8:00 malam di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.