USM PULAU PINANG, 11 Oktober 2023 : Pada sesi petang pelajar Kumpulan 2 bagi jurusan sastera iaitu Komunikasi, Pusat Seni, Pengurusan, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan hadir bertemu dan berkenalan dengan barisan pengurusan akademik dan pentadbiran pusat pengajian masing-masing bertempat di DKA,B & C, Dewan Budaya dan beberapa lokasi lain yang telah ditetapkan. Untuk sesi pengenalan ini, pelajar juga telah diberi taklimat berkaitan mengenalpasti keperluan program, perancangan kursus untuk subjek major dan pilihan minor sidang akademik 2023/2024 yang perlu didaftarkan dan di sepanjang pengajian pelajar berada di pusat pengajian mereka.