USM PULAU PINANG, 11 Oktober 2023 : Pagi tadi pelajar Kumpulan 1 bagi jurusan sains iaitu Sains Komputer, Sains Farmasi, Teknologi Industri, HBP, Fizik, Kajihayat, Kimia dan Matematik hadir bertemu dan berkenalan dengan barisan pengurusan akademik dan pentadbiran pusat pengajian masing-masing bertempat di dewan kuliah S, T, U dan beberapa lokasi lain yang telah ditetapkan. Untuk sesi pengenalan ini, pelajar juga telah diberi taklimat berkaitan mengenalpasti keperluan program, perancangan kursus untuk subjek major dan pilihan minor sidang akademik 2023/2024 yang perlu didaftarkan dan di sepanjang pengajian pelajar berada di pusat pengajian mereka.