USM PULAU PINANG, 18 Oktober 2023 - Prof. Dr. Azlan Amran, Yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni turun ke astaka padang kawad untuk membuat pemantauan perkhidmatan dan operasi Bas Shuttle Komuter Pelajar pagi tadi. Tujuan pemantauan ialah untuk mengenalpasti dan meningkatkan mutu perkhidmatan bas komuter di dalam kampus agar pergerakan pelajar yang menggunakan kemudahan bas komuter mengikuti jadual yang telah ditetapkan. Disamping itu terdapat juga beberapa kerosakan yang akan ditambahbaik di stesen bas supaya pelajar selamat menggunakan perkhidmatan bas komuter yang disediakan oleh pihak USM kepada para pelajar. Turut hadir semasa sesi pemantauan ialah Encik Massri Majid, Hal Ehwal Sumber Manusia, Bas Komuter dan Penyelengaraan, BHEPA dan wakil MPP USM.