USM PULAU PINANG, 4 November 2023 : Sesi perkongsian ilmu dan tips solekan oleh Mary Kay pada pagi tadi bersama peserta program 3KPP yang berlangsung di Padang Kawad USM. Para peserta berpeluang untuk belajar teknik solekan oleh pengajar daripada Mary Kay. Tujuan bengkel ini adalah untuk membantu peserta menambah keyakinan diri mereka dan boleh bertanyakan soalan-soalan secara langsung selain memperoleh lebih banyak tip berguna.