USM PULAU PINANG, 3 Nov. 2023 :- Sesi perkongsian ilmu, tips dan kejayaan bersama Al Ikhsan Sport berlangsung petang tadi bersama pelajar semasa program 3KPP 2023 di Padang Kawad, USM Pulau Pinang. Penubuhan syarikat bumiputra dan peneraju kedai sukan pelbagai jenama terbesar di Malaysia memulakan perniagaan awalnya pada tahun 1993 di Skudai, Johor Bharu oleh Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan dengan hanya keluasan 150 sqft dan kini telah mempunyai sebanyak 190 cawangan di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Hadir semasa program perkongsian ilmu tadi ialah Encik Abdul Hazim Abdul Mohsin Rejaludin & Encik Muhammad ‘Arif Yaziz, Eksekutif Hal Ehwal Korporat Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. Turut berlangsung ialah sesi penyampaian hadiah untuk pemenang cabutan bertuah.