USM PULAU PINANG, 5 Nov. 2023 :- Program Karnival Keusahawan dan Kerjaya Pulau Pinang 3KPP23 anjuran Sekretariat 3KPP 2023 @3kppusm , Pusat Pembangunan HEBAT, HDC BHEPA telah melabuhkan tirai penutupan program keusahawanan dengan acara larian Glow Paint Run yang bermula pada jam 8:30 malam dengan penglibatan pelajar dan orang awam yang dianggarkan seramai 1600 penyertaan. Pelepasan acara larian disempurnakan oleh Encik Hazlan Abd Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT, HDC BHEPA dan turut disertai oleh pegawai dan warga BHEPA. Turut diadakan ialah persembahan nyanyian oleh kumpulan Gradience semasa Malam Memoria program 3KPP23.