USM PULAU PINANG, 14 November 2023 :- Penyerahan boring dokumen PTPTN di Dewan Pembangunan Siswa 1, selama 2 hari yang bermula hari ini pada jam 9:00 pagi - 5:00 petang melibatkan pelajar USM seramai 2800 orang. Dokumen perjanjian, surat tawaran, setem hasil dan tandatangan saksi perlu diserahkan kepada pegawai PTPTN bagi memudahkan proses seterusnya. Bagi pelajar yang tidak hadir, borang permohonan yang lengkap perlulah diserahkan di mana-mana cawangan pejabat PTPTN yang berdekatan.