USM PULAU PINANG, 9 Oktober 2023 :- Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) Kampus Induk menjadi tumpuan semua pelajar baharu yang bermula pada bulan Oktober apabila sesi kemasukan pelajar baharu SA 2023/2024 bagi pelajar antarabangsa dan tempatan bermula. Gambar menunjukkan sekumpulan pelajar baharu antarabangsa dari negara China hadir untuk sesi temujanji pemerikasaan kesihatan yang diwajibkan ke atas mereka. Dianggarkan sebanyak 250-300 orang pelajar akan hadir setiap hari sehingga awal bulan November untuk menjalani pemeriksaan Kesihatan yang diwajibkan ke atas mereka. Disebabkan kadar pelanggan yang tinggi di Pusat Sejahtera, warga USM yang hadir ke Pusat Sejahtera disaran untuk memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan awal penularan penyakit.