USM PULAU PINANG, 18 November 2023 :- Seramai 430 orang mahasiswa/i USM hadir pada hari ini untuk program INVESTED CAREER TALK & KBS SKILL FOR LIFE yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) BHEPA dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Balai Pesiāban Agung, Pusat Pengajian Seni, USM. Hadir merasmikan program ialah Prof. Dr. Azlan Amran, Yang menjalankan fungsi TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, USM dan pegawai BHEPA. Sesi pagi dimulai dengan perkongsian ilmu serta laluan kerjaya oleh enam orang wakil yang mempunyai kepakaran dalam bidang keusahawanan yang terdiri daripada wakil ASN Berhad, Securities Industry Development Corporation (SIDC), Maybank Investment Banking Group, Affin Hwang Investment Bank dan CIMB Investment Bank Berhad. Sesi petang pula diteruskan dengan perkongsian ilmu berkaitan penyediaan resume dan aktiviti berkumpulan oleh Puan Amira Haifa Rahizan dari Dexcom Inc. Dalam aspek penyediaan bakat keusahawanan, pelbagai program telah diusahakan untuk membantu pelajar melalui pemerkasaan mahasiswa/i secara lebih holistik, dinamik, berinovasi dan berilmu agar sumbangan mereka nanti dapat meletakkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global dan lebih lestari.