USM PULAU PINANG, 19 November 2023 : Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menganjurkan Gotong-royong Perdana Peringkat USM bersempena dengan Upacara Konvokesyen USM ke-61 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Program ini merupakan kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan Kampus Sejahtera USM adalah selaras dengan matlamat USM iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Program dimulakan dengan sesi senam robik dan taklimat daripada En. Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras Kampus Sejahtera USM dan En. Nazri Ahmad, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti. Dianggarkan 1500 peserta yang terdiri dari pelajar USM telah terlibat pada program pagi ini.