USM PULAU PINANG, 18 November 2023 : Kelab Rekreasi Palapes Darat USM hari ini telah mengadakan acara larian "Camo Run" yang bermula pada jam 8.00 pagi tadi. Pelepasan acara larian disempurnakan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr Mohd Hazizan Mohd Hasim, Pengerusi Rancangan Palapes Tentera Darat, Laut dan Udara. Anggaran penyertaan pada program ini ialah seramai 600 peserta yang terlibat. Turut diadakan ialah persembahan muzik daripada Adikarma Band.