KUALA LUMPUR, 5 Nov. 2023 :- Program Pemerkasaan OKU Celik Digital yang berlangsung pada pagi tadi di Dewan Merbau, Pusat Komuniti IWK Eco Park telah berjaya disempurnakan oleh YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai. YBM semasa gimik pelancaran turut meyerahkan simkad pakej Rahmah Prabayar, sumbangan ‘pushcart’ dan penyampaian Anugerah Icon ICT OKU PEDi Parlimen Lembah Pantai. Pelbagai program telah disusun kepada pengunjung yang hadir antaranya ialah sesi perkongsian modul keusahawanan, pendigitilan dan pemasangan digital, penguasaan pemasaran digital dan kisah kejayaan OKU. Pelbagai inisiatif dan bantuan turut disediakan kepada golongan OKU antaranya ialah Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) dan pakej internet seperti Pelan Prabayar Yes LTE OKU. Sesi sembang santai turut diadakan pada sesi petang dengan topik KKD Memacu Tranformasi Digital dengan Menyediakan Infrastruktur Komunikasi Digital yang Lengkap, Menyeluruh dan Selamat untuk Manfaat Rakyat bersama beberapa wakil dari MCMC, MYNIC dan OKU. Pelajar juga turut didedahkan tentang waspada scammer oleh ASP Rahmat Fitri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM. Hadir pada majlis tersebut ialah Cik Sheilawanis Abdul Karim, Penolong Pendaftar Kanan, merangkap Ketua Unit Kebajikan Pelajar & OKU BHEPA, USM, pelajar² OKU USM, wakil MPP dan Pembantu Pelajar USM.