990
Restricted
Nor Azliza Ayob
07 March 22
Paper
Malay
Letter from Nakhoda Basir kepada Nakhoda Mirangkandu regarding a rift between Pulau Pinang and Batu Bahara
Letter writing, Mediation, Pulau Pinang (Malaysia), Batu Bahara (Indonesia)
Letters of correspondence
Asia--Malaysia Asia--Indonesia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
MS40320/5, f.64
[n.d.]
Ya Qadiya al-Hajat
Sembah sujud yang dimulai dengan fattah al-kalam wa tahmid al-nazim serta dihiringi dengan rindu dendam yang tiada berhingga tiap2 pagi dan petang siang dan malam iaitu dari kepada anakhanda Nakhoda Basir yang daif lagi miskin dari kepada sekalian ghair Allah yang banyak barang diwasilkan Allah subhanah wa Ta’ala apalah kiranya datang ke hadrat ayahanda saudagar
akan hal dan akhwal kapal yang diambil oleh Dato’ Bendahara serta Dato’ Keempat Suku yang di dalam Kuala Batu Bahara itu melainkan jikala[u] ada bicara ayahanda akan hal pendapatan Dato’ Bendahara dengan Dato’ Keempat suku itu baiklah beri [h]adiah kepada Dato’ Keempat Suku barang mana patutnya berbicaralah ayahanda dengan Gurunnador seboleh2nya kerana janganlah berselisih Pulau Pinang dengan Batu Bahara jikala[u] ada boleh melainkan ayahandalah bersama2 di dalam kapal akan datang ke Batu Bahara adalah anakhanda bersama2 berbicara menolong ayahanda kemudian dari kepada itu akan hal Nakhoda Kaya itu sangatlah lengahnya di dalam Batu Bahara melainkan baikilah berkirim surat kepada dia dan Nakhoda Gani itupun ada berkirim minyak itupun dikatakannya pecah melainkan baiklah kirim surat juga kepada dia akan orang yang membawa surat ini barang apa kehendaknya tolong ayahanda bicarakan Encik Malim namanya tersurat kepada bulan Safar kepada tiga likur kepada hari Jumaat waktu asar intaha al-kalam 2108413 h
Akan hal anakhanda sudah siap hendak berlayar melainkan jika sudah selesai maka anakhanda berlayar kerana takut anakhanda akan hal pesilihan Dato’ dengan Pulau Pinang itulah maka belum jadi tamat al-kalam
Letter written in Jawi.
Surat Nakhoda Basir kepada Nakhoda Mirangkandu berkaitan perselisihan antara Pulau dan Batu Bahara.