866
Restricted
Nor Azliza Ayob
27 February 22
Paper
Malay
Agreement letter of Miya Muhamad and Sheikh Mia regarding loan with the Sultan of the Kedah
Letter writing, Debt relief, Debt, Miya Muhammad, Sheikh Mia, Sultan Kedah
2 pages of letters
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
MS40320/5, f.40 & f.41
29 Jamadil Akhir 1205 Tahun2 Dal Akhir (5 Mac 1791)
Ini salin surat tapak tangan Miyya Muhamad dan Sheikh Miyya berhutang pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia itu dengan Bahasa Keling dijawikan dengan Bahasa Melayu tamat
Pada sanah 1205 tahun2 Dal Akhir pada sembilan likur haribulan Jamadil Akhir ketika itu adalah senda Miyya Muhamad anak Miyya Muhamad Mukarram dan Sheikh Miyya yang duduk di negeri Muhamad Bandar berhutang pada ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia negeri Kedah sulap tiang satu yang bernama Fatah Rahman suatu haluan harganya seribu tujuh ratus rial dan harga gajah dan belanja sulap dan batang pisang dan tebu dan upah muallim serang khelasi dan belanja rincik2 sekalian fasal itu diambil mata rial enam ribu tiga ratus rial jumlah kedua fasal ini dulapan ribu rial maka rial dulapan ribu ini senda kedua terima pada To’ Saudagar Raja wakil duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka perjanjian senda kedua pergi ke negeri Keling balik mari dengan musimnya sampai ke Kedah lepas dua puluh sehari senda kedua bayar dengan laba dulapan ratus rial jumlah laba dengan modal jadi dulapan ribu dulapan ratus rial barang siapa mari dahulu orang itulah membayar rial yang tersebut ini diberi selesai pada barang siapa membawa surat tapak tangan ini tiada dengan suatu soal jawab demikianlah perjanjian Miya Muhamad dan Sheikh Miya dengan ‘ijab kabul diperbuat tapak tangan sembahkan taruh pada ke bawah duli Yang Maha Mulia pada masa diperbuat tapak tangan ini saksinya Lebai Jilid dan Nakhoda Muhamad Qasim dan takdur Abu Bakar Lebai dan Mualim Sidiq Lebai dan Muhamad Tahir wakatibuhu Miya Muhamad tamat
Inilah khat Muhamad Miya tanda sah seperti dalam surat ini
Inilah khat Sheikh Miyya tanda sah seperti dalam surat ini
Inilah khat Lebai Jilid jadi saksi seperti dalam surat ini
Inilah khat Nakhoda Muhamad Qasim jadi saksi seperti dalam surat ini
Inilah khat takdur Abu Bakar Lebai jadi saksi seperti dalam surat ini
Inilah khat mualim Sidiq Lebai jadi saksi seperti dalam surat ini
Inilah khat Muhamad Tahir jadi saksi seperti dalam surat ini
Letter written in Jawi
Surat ditulis oleh perjanjian Miya Muhamad dan Sheikh Mia berhutang dengan Sultan Kedah