3365
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
05 July 23
Paper
Malay
Letter from Nakhoda Po Kuala to Francis Light regarding the slander by Po Muda Sayyidi
Libel and slander, Scott, James, Complaint letters, Justice
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia-- Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
MS40320/5, f.65
[n.d.]
Ya ‘Aziz al-Karim
Alhamdulillah wahdah puji yang tiada berkeputusan serta kasih dan tulus ikhlas maka diiringi pula dengan beberapa takzim dan takrim serta hormat dan khidmat yang dicampuri dengan madah dan thana iaitu daripada hamba Dato’ Nakhoda Po Kuala yang hina lagi da’if barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa kiranya fi wajh al-karim iaitu hadrat Dato’ Gurnador yang istirahat dalam negeri Tanjung Penaga bandar makmur yang dikarniai Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa kiranya pangkat dan taufik dan hidayat dan beroleh kebesaran daripada Allah tuan kita Malik al-Wahhab amma ba’d
kemudian dari itu inilah hamba Dato’ maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ dan tuan Kapitan Uskut dan Nakhoda Kecik dan Tuan Saudagar dan Dato’ Hakim Bandar akan hal hamba Dato’ difitnahkan oleh Po Muda Sayyidi pada Po Cat Gadang disuruhnya bunuh dan sekalian [h]arta hamba Dato’ disuruhnya rampas oleh Po Muda Sayyidi pada Po Cat Gadang sebab kerana hamba Dato’ menjual tanah tempat rumah Po Cat Gadang pada Kapitan Uskut akan rumah Po Cat Gadang itu hamba Dato’ buangkan ke laut itulah surat yang dikirimkan Po Muda pada Po Cat Gadang siapa tahu jikalau sudah hamba Dato’ mati sekalian harta hamba Dato’ jikalau hendak diambil oleh Po Cat Gadang jangan Dato’ beri seperkara lagi jikalau hamba Dato’ sudah mati akan Po Muda Sayyidi itu Dato’ bunuh juga akan bela hamba Dato’ akan hartanya Dato’ ambil juga jikalau ada lagi hayat hamba Dato’ tiga bulan lagi hamba Dato’ datang mengadap qadam Dato’ intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam
Letter written in Jawi.
Surat Nakhoda Po Kuala kepada Francis Light berkaitan fitnah oleh Po Muda Sayyidi.