2390
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
23 March 23
Paper
Malay
Letter from Sultan Umar Aqamuddin bin Sultan Abu Bakar Kamaluddian Sambas regarding opium trade.
Opium trade, Sultan Umar Aqamuddin Sambas
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.141
Sabtu, 30 Zulkaedah 1208 / 28 Jun 1794
Qultu
Bahawa ini warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit ia daripada fuad yang hening lagi jernih iaitu daripada Seri Sultan Umar Aqamuddin ibn Marhum Sultan Abu Bakar Kamaluddin yang bertahta kerajaan dalam daerah negeri Sambas barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita tuan Gurnador yang mempunyai perintah kerajaan dalam daerah negeri Pulau Pinang maka dipohonkan atasnya barang diberi Tuhan Allah umur panjang serta muafakat kasih berkasihan yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
kemudian daripada itu maka adalah kita mengirimkan sekeping kertas ini pada menyatakan akan hal surat sahabat kita yang dibawa Kapitannya Uskut itu telah sampailah kepada kita serta fahamlah kita akan barang yang dalamnya dan lagi hal daripada jual belinya pun telah selesailah ia demikianlah adanya dan seperkara lagi akan hal surat sahabat kita yang dibawa Kapitan Jabsin Manarab itupun telah sampai kepada kita pada hal tersebut dalamnya dari harga opiun itu berat empat puluh rial emas cuci maka sekarang kita beri khabar kepada sahabat kita dari Kapitan Jabsin Manarab itu boleh dia jual sendiri sekadar kita minta belanja negeri jua kerana pada masa ini lain daripada dahulu jangankan harga sekati emas cuci jikalau seperti harga dahulu itupun tiada dapat kita bicarakan kerana beberapa dagangan yang dibawa Kapitan Uskut dahulu tiada laku demikianlah adanya dan lagi hal dagangan yang dibawa Jabsin ini itupun kita suruh jual sendiri yakni segala yang lain daripada opiun itupun sekaliannya kita suruh jual sendiri demikianlah adanya kerana kita lagi sakit dan Kapitan Uskut itulah yang mengetahui akan halnya kerana negeri kecil lebih faham sahabat kita tam
Tersurat warqah ini kepada tiga puluh hari bulan Zulqaedah pada hari Sabtu pada waktu duha pada hijrah al-nubuwwah sanah 1208
Letter written in Jawi
Surat daripada Sultan Umar Aqamuddin bin Sultan Abu Bakar Kamaluddian Sambas berkaitan perdagangan opium