2327
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
21 February 23
Paper
Malay
Letter from Sayid Abdul Rahman Habsyi to Francis Light regarding shipment of trade-goods to Pulau Pinang.
Trades, Pulau Pinang (Malaysia), Shipment of goods, Sayid Abdul Rahman Habsyi
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.112
Sabtu, 8 Zulkaedah 1203 / 1 Ogos 1789
Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Sidq
Warkat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiyyah dipesertakan pula dalamnya dengan beberapa hormat atas membesarkan dan memuliakan daripada Tuan Sayid Abdul Rahman Habsyi yang duduk dalam negeri Jambi barang disampaikan Tuhan yang menjadikan sekalian alam apalah kiranya datang kehadapan majlis Gunadur yang ‘ala al-dawam duduk dengan istirahat al-khair di atas kota Pula Pinang itu yang telah masyhur dengan warta yang ihsannya pada sekalian buldan qarib dan yang ba’id serta melakukan segala tadbir dan perintah yang sempurna khair wa solah lagi kepujian pada hal menolongi sekalian sahabatnya dan handai taulannya istimewa pula atas sekalian dagang yang bernaung di bawah kebesarannya dan dalam peliharaannya syahadan maka dipohonkan pula atasnya barang lanjut usia umur zamannya dalam sihat dan afiat dan kesentosyaan serta bertambah2 pangkat dan darjatnya yang tera’la adanya wa ba’dah
kemudian daripada itu maklum kiranya Gurnador bahawa surat al-ikhlas serta hadiah yang ajnas yang dibawa Nakhoda Basir itu sampailah dengan sempurnanya pada hari yang mukhtar dan waktu yang abrar maka disambut dengan tangan adab adab bihal al-tashrif serta dengan beberapa kesukaan dan keredhaan serta dibuka dan dibaca barang kalam yang dimaksudkan Gurnador itu mafhumlah kiranya sebermula maklum pula kiranya Gurnador peri hal perniagaan dan sekalian hal ahwal di Jambi terlebih apa Nakhoda Basir itu jua yang sudah mengetahuinya seperkara lagi maklum pula kiranya Gurnador adalah Tuan Sayid lagi akan menyuruhkan orang2 dengan dua buah perahu atau tiga buah berdagang ke Pula Pinang maka2 peri hal itu dengan sesungguhnya Tuan Sayid menitipkan dalam peliharaan dan pertolong Gurnador jua yang diharapi jikalau ada barang suatu hal ahwal mereka itu yang kesukaran adanya maka suatupun tiada hadiah pada akhir syatar ini hanyalah tempayan timah sepasang tiada dengan sepertinya pada musim ini jua2
Tersurat kepada hari Sabtu kepada dulapan hari bulan Zulkaedah waktu pukul sembilan sanat 1203
Letter written in Jawi
Surat daripada Sayid Abdul Rahman Habsyi kepada Francis Light berkaitan dagangan ke Pulau Pinang