2215
Restricted
Noor Azlinda Wan Jan
17 January 23
Paper
Malay
Letter from the Sultan of Terengganu to Francis Light regarding tin trade and boarding a ship for Hajj pilgrimage.
pilgrimages, Trades, Tins, Ships, Sultan Terengganu, Hajj
1 page of letter
Letters of correspondence
Asia--Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 PHS Digital Collection
Malaysiana and Archives Collection
MS 40320/11, f.75
7 Muharam 1203 / 8 Oktober 1788
"Bismillah al-Rahman al-Rahim
Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas serta tulus dan ikhlas yang tiada berkesudahan dan kasih sayang yang tiada berhingga iaitu daripada Seri Paduka ayahanda Yang Dipertuan Besar yang di atas tahta kerajaan negeri Terengganu Darul Salam barang disampaikan Tuhan Khaliq al-‘alam apalah kiranya kepada sahabat kita dan kekasih kita iaitu anak kita Gurnador Pulau Pinang yang ada dengan istirahat al-khair sihat dan afiat serta mempunyai kerajaan dan kebesaran dalam daerah kantor kompeni maka ialah yang masyhur wartanya di atas angin dan di bawah angin pada hal gagah perkasa pada medan peperangan dan lagi maha bijaksana pada hal melakukan kasih berkasihan serta tolong menolong pada sekalian sahabatnya Orang Besar2 dan lagi terlalu arif pada hal memerintahkan pekerjaan sekalian taulannya Orang Besar2 di bawah angin ini dan serta amat budiman pada hal melakukan tadbir perintah khair dan solah serta memberi manfaat dan kebajikan atas segala sahabatnya dan taulannya samanya Orang Besar barang dipanjangkan Allah umur usianya serta diselamatkan Allah daripada segala mara bahaya dunia selagi ada hayat zamannya maka masyhurlah bandarnya yang makmur serta segala dagang pun dalam sentosa maka barang ditambah Allah kebesarannya dan kemuliaannya dengan kesenangan dan kesentosaan selagi ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah
barang mafhum kiranya sahabat kita maka akan hal warkah yang sahabat kita ihtimalkan kepada Orang Kaya Seri Wangsa dan Syaudagar Nasruddin itu telah sampailah kepada kita pada saat yang mulia dan pada ketika yang ria maka kita sambutlah dengan beberapa takzim serta hormat dan kebesaran dan kemuliaan isti’adah negeri maka serta terbuka daripada meteri lafifahnya maka berhamburlah baunya yang harum seperti ambar dan kesturi maka serta dilihat pada awal satarnya hingga akhirnya maka bercahaya2 hurufnya seperti mutiara yang dikarang maka fahamlah kita barang yang termazkur dalamnya daripada pengajar yang kebajikan itu lagi memberi sentosa selamat al-khair akan pekerjaan segala negeri di bawah angin ini maka sangatlah kita menerima kesukaan dan keredhaan akan kasih sayang anak kita akan kita itu adanya syahadan maka serta kita menengar warta anak kita hendak menolong kita pada barang sesuatu kesakitan kita maka sangatlah kita menerima kesukaan dan keredhaan maka tiadalah dapat kita balas akan kebajikan anak kita itu sebermula daripada hal anak kita menghendaki timah dua ratus pikul suruh beri kepada kapal yang hendak pergi ke China itu maka pada ketika kapal itu datang hendak menerima timah maka timah belum sampai maka serta lepas kapal itu berlayar maka datang timah sedikit dari Palembang maka kita berikan Kapitan Glas adanya maka jikalau ada barang sesuatu hajat maksud anak kita maka hendaklah anak kita beri mari surat barang sebaris boleh kita cari bicarakan beri pergi maka daripada hal timah adalah masyaqqah sedikit kerana tiada ada dalam Terengganu anak kita pun ketahui maka seperti lada Insya Allah Ta’ala beberapa banyak anak kita kehendaki boleh kita bicarakan beri mana sedapatnya adanya maka daripada hal negeri Terengganu dengan tolong Allah dan RasulNya adalah senang sudah tetap dahulu Allah wa ba’da RasulNya telah haraplah kita akan penolong anak kita pada barang sesuatu kesakitan kesukaran kita dan jikalau ada barang sesuatu kesakitan kesukaran melainkan kita memberi tahu anak kita pada sekalian perkaranya dan seperkara lagi daripada hal haji2 hendak pergi ke haji itu maka adalah kita tumpangkan di kapal Kapitan Glas maka hendaklah anak kita tolong tumpangkan pula dari Pulau Pinang ke Mumbai atau Surati atau Malibari maka Allah Allah telah sangatlah harap kita akan penolong anak kita akan haji2 itu pebela akan dia serta tumpangkan di kapal dengan segeranya tamat al-kalam tiadalah sesuatu cenderamata hanyalah kain besar sehelai tiadalah sepertinya hanyalah seperti bunga setangkai jua adanya diperbuat surat ini pada tujuh haribulan Muharam pada sanah 1203"
Letter written in Jawi
Surat Sultan Terengganu kepada Francis Light berkaitan perdagangan timah dan tumpang kapal pergi haji