1418
Restricted
Admin user
20 July 22
Paper
Malay
Draft letter from Francis Light to the Sultan of Kedah regarding the agreement letter of Pulau Pinang’s Occupation
Kuala Muda (Kedah), Persuasion (Psychology), Scott, James, Annexation (Municipal government)--Pulau Pinang
Letters of correspondence
Asia-- Malaysia
School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London
Malaysiana and Archive Division, Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM)
This item is licensed with the Creative Commons Attribution, Non-Commercial License.
LL 0001 (PHS Digital Collection number)
Malaysiana and Archives Collection
MS40320/5, f.79
16 Shaaban 1205, Khamis, 21 April 1791
Ya Ghafur Rahim
Daulat Tuanku Shah Alam Zillullah fi al-‘alam ampun tuanku patik Gurnador Pulau Pinang hamba yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia serta patik memohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku
patik maklumkan ahwal surat titah duli Yang Maha Mulia dibawa To’ Penggawa itu terjunjunglah di jemala patik maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya maka adalah masa duli paduka adinda Tenku Raja Muda duduk di Kuala Muda dengan segala Dato’2 sekalian panggil Kapitan Uskut kehendaki selaksa rial pada setahun jadi kebajikan tiadalah apa lagi maka itupun sudah patik turut hendak beri selaksa rial dahulu sementara sampai surat daripada Jenderal dalam ini sudah patik wasil lima ribu rial hingga itulah rial yang ada hadir dahulu maka apabila sudah pulang segala angkatan kesemuanya kemudian patik hendak himpun2 bayar maka segala kapal perang pun habis berlayar pulang karena sudah jadi kebajikan maka kemudian fikir segala Dato’2 itu tiadalah kekuatan lagi Pulau Pinang berbagai2 jenis pula dikehendaki hendak mencahari jalan kejahatan serta Dato’2 itu beri surat dalam ghaib curi pada segala orang Pulau Pinang suruh sebelah ada dengan kenyataannya patik taruh ampun tuanku maka itulah surat Dato’2 itu patik salin beri pergi pada To’ Penggawa maka kemudian patik beri hukum suruh pukul sedikit maka selama orang kompeni duduk dalam pulau ini suatu kejahatan pun tiada buat di atas negeri tuanku niat hati patik hendak memelihara segala orang miskin dagang maka sekarang pun jikalau duli tuanku hendak muafakat lagi dengan kompeni cari jalan kebajikan boleh patik sembahkan pada setahun enam ribu rial genap2 tahun serta dibuat surat sumpah setia masing2 pegang taruh jadi keteguhan selamanya karena Pulau Pinang ini belum siap lagi negeri hutan banyak sudah belanja patik maka sekarang pun jikalau suka jika sudah jadi benar pada Yang Maha Mulia demikian patik pohonkan Yang Maha Mulia beri mari wakil Yang Maha Mulia yang baik barang seorang dua boleh buat segala janji yang pegang taruh masing2 ahwal inilah patik maklumkan daulat bertambah2 sihat buat surat pada enam belas haribulan Syaaban hari Khamis tamat ampun tuanku jika ada lagi lebih daripada ini maksud Yang Maha Mulia tiadalah boleh patik sendiri menentukan melainkan patik maklumkan nyatakan kepada Jenderal kemudian boleh patik sembahkan
Letter written in Jawi.
Draf surat Francis Light kepada Sultan Kedah berkaitan surat perjanjian pendudukan Pulau Pinang.